February 28, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA

Kursus Pengurusan Jenazah ini telah diadakan di Dewan Terbuka Masjid Ibnu Salam Kampung Pengkalan Pegoh,

Kursus ini telah dihadiri seramai 64 orang peserta terdiri dari penduduk Kampung Pengkalan Pegoh.

YB Dato' Hamidah telah meluangkan masanya hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini.

Tahniah kepada Pengerusi Biro Agama JKK Pengkalan Pegoh dan Pengerusi Masjid Ibnu Salam kerana telah berjaya menganjurkan kursus ini, Ini adalah kursus Bil 2 yang telah dianjurkan.








February 22, 2011

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMED ALI

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Pengkalan Pegoh merakamkan takziah kepada Pn. Zaleha dan Keluarga diatas kembalinya ke Rahmatullah Tuan Haji Mohd Ali Bin Mahadi. Beliau adalah Ketua Mapung Pengkalan Pegoh yang paling lama berkhidmat kepada penduduk Kampung Pengkalan Pegoh dan beliau adalah ketua kampung yang kelima.

Semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang soleh.

Amin

MANSOR
Ketua Kampung
Pengkalan Pegoh.

MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MAGSA RIBUT DI TAMAN DESA AMAN

Bersama-sama YB Dato' Hamidah, En. Mohd Sani, Penghulu Mukim Lahat menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Taman Desa Aman pada 15/02/2011.

Saya mewakili Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Pengkalan Pegoh dan penduduk Taman Desa Aman mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YB Dato' Hamidah, Penghulu Mukim Lahat En. Mohd Sani, dan Pejabat Daerah Kinta kerana dapat menyalurkan bantuan dengan begitu cepat. Inilah satu contoh dimana kerja berpasukan dan konsep rakyat didahulukan telah dapat menyelesaikan semua masallah yang dihadapi oleh orang ramai.

Mnasor
Ketua Kampung Pengkalan Pegoh.

February 6, 2011

MES YUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PERPADUAN DESA PENGKALAN BANDARAYA LAHAT

Sdra. Mansor, selaku Ketua Kampung Pengkalan Pegoh merasmikan Mesyuarata Agung Pertama Persatuan Kebajikan Dan Perpaduan Desa Pengkalan Bandaraya Lahat



Sebagian daripada penduduk Desa Pengkalan Bandaraya yang hadir di Mesyuarat Agung Pertama. Kami mengucapkan tahniah diatas daya usaha penduduk Desa Pengkalan Bandaraya menubuhkan Persatuan Kebajikan Dan Perpaduan Desa Pengkalan Bandaraya Lahat.

February 3, 2011

TAKZIAH

Kami Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Pengkalan Pegoh, mengucapkan takziah kepada En. Osman dan keluarga ditas kembalinya ke Rahmatullah anakda mereka Rahim.

Semoga En. Osman bersabar dengan kepermergian Rahim. Sama-sama lah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh. AMIN

Ikhlas daripada JKKK Kampung Pengkalan Pegoh.
Mansor.

February 2, 2011

MENINJAU PERMASALAHAN JALAN KG. HULU PENGKALAN PEGOH


Bersama-sama YB Dato' Hamidah Osman ADUN Sg Rapat, En. Mohd Sani Kamaruddin, Penghulu Kawasan Lahat dan AJK JKK Pengkalan Pegoh, meninjau keadaan sebanar permasalahan sebenar yang timbul akibat jalan asal ditutup oleh tuan tanah.