January 31, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAERAH KINTA

Menerima Watikah Perlantikan Ketua Kampung dari Yg. Bhg. Datuk Hamzah Kassim Ketua UMNO bahagian Gopeng

Bergambar bersama-sama Yg. Bhg. Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim dan Penghulu Kawasan Lahat En. Mohd Sani Sani Bin Kamaruddin Sani selepas menerima Watikah Perlantikan.

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAN PERSEMBAHAN BUNGA API STATION 18

Menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Dan Persembahan Bungan Api yang dihadiri bersama YB Dato' Hamidah Osman dan Yg. Bhg. Dato' Bandar Ipoh.

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN





Menandatangani ucapan Selamat Pengantin Baru Sdra. Faizal Bin Hamdan & Nor Farahida Bt Abd Manap di rumah Penganting Lalaki
Kami Mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU DAN AMAN BAHGIA BUAT SELAMANYA"

January 27, 2011

LAWATAN KERUMAH HJ MOHAMMED ALI MAHADI MANTAN KETUA KAMPUNG KE 4

Sdra. Mansor bersama-sama Jawatankuasa mengziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Hj Mohammed Ali Mahadi mantan Ketua Kampung yang ke 4

AHLI JAWATANKUASA JKK PENGKALAN PEGOH 2011/2012


MESYUARAT PERTAMA JKK PENGKALAN PEGOH 2011/2012

Cheif Inspector En. Beng Hu Ketua Polis Balai Pasir Puteh sedang menyampaikan ucapan dan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa

En. Mohd Sani Bin Kamaruddin Penghulu Kawasan Lahat meberikan ucapan dan penerangan kepada Jawatankuasa berhubung peranan Jawatankuasa.

Sdra. Mansor selaku Pengerusi Jawatankuasa mempengerusikan mesyuarat pertama bagi Tahun 2011/2012.

January 23, 2011

PENUBUHAN PASUKAN RELA KAMPUNG PENGKALAN PEGOH NO. PLATON 0220

Pemuda-Pemuda Pengkalan Pegoh dengan penuh semangat hadir untuk menubuhkan Pasukan RELA Kampung Pengkalan Pegoh

Sdra. Mansor selaku Ketua Kampung Pengkalan Pegoh memberikan ucapan sempena penubuhan Pasukan RELA Kg. Pengkalan Pegoh

En Ismail Yop Pegawai RELA Kinta Utara memberikan ucapan dan penerangan kepada pemuda-pemuda sempena majlis penubuhan Pasukan RELA Pengkalan Pegoh
SEMOGA PASUKANRELA PENGKALAN PEGOH SENTIASA MAJU JAYA DAN BERJAYA DAN BERKHIDMAT UNTUK KAMPUNG DAN NEGARA

PENUBUHAN PERSATUAN BELIA KG. PENGKALAN PEGOH

Sdra. Zakaria Long salah saorang pengasas persatuan belia tahun 60an berucap dan memberikan semangat dan perangsang kepada pemuda-pemuda yang menubuhkan persatuan belia Pengkalan Pegoh.

Pemuda Pengkalan Pegoh yang hadir dengan penuh semangat untuk menubuhkan Persatuan Belia Pengkalan Pegoh
Selamat maju jaya kepada Pesatuan Belia Pengkalan Pegoh
Sdra-sdra adalah pewaris yang akan menentukan masa depan negara
1 Belia 1 Malaysia

January 19, 2011

PENYERAHAN KUNCI RUMAH PPRT



Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Dato Hamidah kepada Pn. Aishah Bt Idris yang beralamat Jalan Tekukur Kg. Pasir Pengkalan Pegoh. Terima kasih kepada YB Dato' Hamidah yang sentiasa prihatin kepada rakyat yang memerlukan.

AKTIVITI JKK PENGKALAN PEGOH 2011 - 2012

07/01/2011 - YB Dato' Hamidah Osman telah menyerahkan kunci rumah Program Rakyat Termiskin kepada Pn. Aishah Bt Idris di Jalan Tekukur, Kg. Pasir Pengkalan Pegoh.
16/01/2011 - JKK Pengkalan Pegoh telah berjaya menubuhkan Pasukan RELA Pengkalan Pegoh dengan No. Platon 0220. Seramai 45 orang pemuda telah menganggotai Pasukan Rela ini. Pegawai RELA Kawasan Kinta Utara En. Ismail Yop telah hadir memberi penerangan kepada peserta-peserta.
En. Jamaluddin Omar telah dilantik sebagai Ketua Platon RELA Pengkalan Pegoh.
16/01/2011 - JKK Pengkalan Pegoh telah berjaya menubuhkan Persatuan Belia dengan nama Persatuan Belia Perwira Kg. Pengkalan Pegoh.
Sdra. Shahrul Azmi Bin Mohamad Sah telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Belia ini.

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Zambri Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Dato’ Hamidah Bt Osman ADUN Kawasan Sg. Rapat, Yg. Bhg. Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim Ketua UMNO Bhg Gopeng, kerana telah melantik saya sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Kampung Pengkalan Pegoh bagi Tahun 2011 dan 2012.

Insyaalah, dengan bimbingan, tunjuk ajar, perangsang dan semangat yang berterusan daripada YB Dato’ Hamidah, saya dan semua Jawatankuasa akan memberikan perkidmatan yang terbaik untuk kampong dan penduduk Kampung Pengkalan Pegoh sebagaimana yang diamanahkan oleh YAB Dato Seri dan kepimpinan kerjaan negeri.

Dikesempatan ini, saya mewakili Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Kampung Pengkalan Pegoh, berdoa semoga YAB Dato’ Seri sekeluarga dan YB Dato’ Hamidah Osman sekeluarga sentiasa berada didalam sihat sejahtera dan dapat mentadbir negeri dan rakyat Negeri Perak dengan lebih berkesan lagi. Allah SWT sentiasa memberkati segala usaha YAB Dato’ Seri dan YB Dato’ Hamidah dalam mentadbir negeri ini.

Saya mewakili Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan kampong, Kampung Pengkalan Pegoh, mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Kampung dalam Parlimen Gopeng dan DUN Sg. Rapat kerana telah dilantik sebagai Ketua Kampung bagi tahun 2011-2012.

Teruskan usaha dan kerja-kerja tuan-tuan demi kabaikan kampong, penduduk dan negeri yang kita sayangi. Segala kerja dan usaha kita yang kita buat akan menentukan masa depan negeri kita.


Sekian.


Mansor
Ketua Kampung Pengkalan Pegoh.

January 15, 2011

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG, KAMPUNG PENGKALAN PEGOH 2011-2012

PENGERUSI : EN. MANSOR BIN PANDAK MD DIN
SETIAUSAHA : EN. MUSTAFA IBRAHIM
BENDAHARI : PN. SAAYAH PANDAK MAT AROF
JAWATANKUASA
: EN. ZAKARIA LONG
: EN. ABDUL JAMIL OSMAN
: HJH ZAINIAH BT YAACOP
: HJH NOR BIAH BT ABDUL RANI
: EN. SHAHRUL AZMI BIN MAT SAH
: EN. MOHD HUSIN MOHAMAD SALIM
: EN. LIMAN BIN OMAR BAKI
: EN. ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ISA
: PN. ROHANI CHE DAN
: TARZA BIN MOKHTAR
: AZRUL BIN HILALLUDIN
: DZULKIFLI BIN MAT JARI